Hari ini saya mengunjungi Selangor Education Summit 2024 (SES 2024) sekali lagi dan dapat melihat sendiri pertandingan WorldSkills dan Apple Vision Pro Experiece yang dianjurkan sempena dengan SES 2024. Di samping itu, terdapat pelbagai pameran teknologi terkini yang diusahakan oleh Selangor Technical Skills Development Centre Shah Alam (STDCx) dengan kerjasama syarikat-syarikat industri seperti Siemens, Google, Dassault Systemes, Festo, Apple, KNX dan banyak lagi. Satu gabungan komponen yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat negeri Selangor bagi mempertingkatkan kemahiran mereka, terutamanya para pelajar sekolah dan mahasiswa IPT.
Ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memacu hasil yang lebih jelas dan ketara dalam bidang TVET untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pembangunan kemahiran yang relevan dengan sektor teknologi dan inovasi tinggi.
Rebut peluang ini untuk melihat dan merasai sendiri penerokaan dalam bidang teknologi dan AI berteras pendidikan di Selangor Education Summit 2024 yang berlangsung sehingga 1 Disember 2024 (Ahad) ini.