STDC-KNX jalin kerjasama jayakan revolusi automasi bangunan

Share This Post

By Fitri Hazim Hazam

 

SHAH ALAM, 22 APRIL: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bersama syarikat automasi terkemuka KNX Associate (KNX) dan Seikou Systec Sdn Bhd menjalinkan kerjasama untuk merevolusi automasi bangunan.

Dato’ Menteri Besar berkata menerusi kerjasama itu, modul KNX disepadukan ke dalam Sijil Teknologi Elektrik Tahap 3 sekali gus bakal menjadi Selangor sebagai hab pensijilan profesional dalam bidang berkenaan.

“Objektif utama kerjasama ini adalah untuk meletakkan Selangor sebagai hab penting bagi penyediaan dan pengurusan pensijilan profesional dalam bidang automasi bangunan.

“KNX akan memainkan peranan sebagai badan piawai untuk membina modul piawaian automasi. Kerjasama ini juga bagi memanfaatkan kepakaran dan rangkaian global KNX yang meluas untuk memperkukuh keunggulan Selangor dalam bidang tersebut,” kata Dato’ Seri Amiruidn Shari melalui hantaran Facebook.

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara STDC, KNX dan Seiko Systec Sdn Bhd berlangsung di Ibu Pejabat Steinel GmbH Herzebrock, Dortmund, Jerman pada 19 April.

Amirudin menambah kerjasama dengan KNX yang mempunyai rangkaian 505 pusat latihan bertauliah di 73 negara dan rangkaian industri yang luas dengan lebih 105,000 rakan kongsi di 178 negara, akan meningkatkan daya saing negeri dalam membina teknologi automasi.

“STDC akan dapat memanfaatkan rangkaian yang luas ini untuk memudahkan pertukaran pengetahuan, kemahiran dan pensijilan yang berkaitan dalam pembinaan teknologi automasi,” jelasnya.

More To Explore

Articles

Malaysia Book of Records

A jadi bila 111 Tutor Bertauliah KNX berkumpul? Satu acara pecah rekod penuh inovasi dan visi! Tahniah Jabatan Pendidikan Politeknik

Articles

Selangor Education Summit 2024 (SES 2024)

Hari ini saya mengunjungi Selangor Education Summit 2024 (SES 2024) sekali lagi dan dapat melihat sendiri pertandingan WorldSkills dan Apple

Malaysia Book of Records

A jadi bila 111 Tutor Bertauliah KNX berkumpul? Satu acara pecah rekod penuh inovasi dan visi! Tahniah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Siapa sangka

Scroll to Top